Wednesday, June 07, 2017

Cara Untuk Menempah

Entri: # 02
Teks: Keraih Lengan Kuazue
Foto: Keraih Lengan Kuazue




June 07, 2017 (Ramadhan 12, 1438H)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Kesayangan,

Keraih Lengan Kuazue (KLK) menawarkan perkhidmatan:
1) menjahit sulaman nama dan tanda nama
2) membuat imej sulaman mesin
3) menjahit dan menyulam produk-produk seni kreatif seperti bantal hiasan, tuala, aksesori perkahwinan dan lain-lain lagi.


Berikut adalah cara bagaimana untuk menempah dengan kami (KLK):

1) Kalian boleh menghubungi kami samada melalui applikasi Whatsapp mahu pun applikasi Telegram seperti tertera di bawah.






Nyatakan pesanan kalian dan proses perbincangan akan dilakukan melalui applikasi terpilih. 
Perbincangan akan meliputi:
a) Jenis perkhidmatan yang dihajati
b) jenis sulaman yang dihajati
c) jenis fabrik (jika berkaitan)
d) tempoh siap produk dihajati
e) kos tempahan dan nilai deposit (tertakluk jumlah kos)

2) Bayaran deposit atau nilai penuh (RM)
Pihak kami hanya akan memasukkan tempahan kalian ke dalam senarai tempahan untuk diproses setelah kami terima bayaran (penuh atau deposit).

* Bayaran penuh adalah bagi mana-mana perkhidmatan dengan nilaian RM tidak melebihi RM20.
* Bayaran deposit adalah bagi mana-mana perkhidmatan dengan nilaian RM melebihi RM20.

3) Sejurus selepas tempahan dimasukkan ke dalam senarai tempahan, pihak kami akan menghubungi kalian bagi memberikan nombor rujukan tempahan dan anggaran masa siap (bergantung jumlah tempahan di tangan).

4) Bagi mana-mana perkhidmatan dengan bayaran deposit, pihak kami akan memaklumkan baki bayaran perlu dilangsaikan sejurus sebelum memulakan proses sulaman atau jahitan tempahan. Baki bayaran ini perlu diselesaikan dalam tempoh tempahan siap. Produk siap hanya akan di pos/serah/email hanya apabila baki bayaran telah dijelaskan sepenuhnya.

5) Proses pengeposan adalah menggunakan perkhidmatan POS LAJU dan lain-lain perkhidmatan berdasarkan perbincangan awal dengan penempah perkhidmatan.

6) Pungutan ('pick up') produk siap hanya boleh dilakukan pada setiap hujung minggu di TESCO RAWANG sahaja. Tiada 'COD' walau pun setempat kecuali atas budi bicara pengurusan KLK.

7) Pengeposan hanya dilakukan pada setiap SABTU atau AHAD sahaja. 



Sekian,

Wasalam

~Admin Keraih Lengan Kuazue~



No comments:

Post a Comment