Monday, June 12, 2017

Panduan Pengiraan Aksara Nama - RUMI

Entri: # 04
Teks: Keraih Lengan Kuazue
Foto: Keraih Lengan Kuazue


Hai kesayangan, kita bersambung lagi tentang panduan tempahan sulaman tanda nama (nametag) sekolah.

Kali ini admin akan menulis tentang bagaimana untuk mengira aksara nama bagi tempahan nametag RUMI.



Merujuk kepada gambar di atas, kiraan aksara seharusnya termasuk selang atau noktah yang berada di antara dua nama.

Maksimum jumlah aksara nama adalah 14 aksara berbanding dahulu maksimum diberi pihak sekolah adalah tidak melebihi 10 aksara.

Namun jika ada ibu bapa yang mahu juga nama panjang anakanda disulam, mana-mana aksara melebihi 14 aksara, akan menjadi semakin kecil dan semakin rapat. 


Dan disebabkan nama-nama anakanda yang pihak kami terima semenjak dua tahun kebelakangan ini menjadi semakin panjang, pihak kami dengan ini akan mengenakan cas tambahan (RM) bagi mana-mana nama yang melebihi maksimum aksara yang telah ditetapkan.

Hal ini disebabkan tempoh masa menyulam serta penggunaan benang menjadi semakin banyak. Sejajar dengan kenaikan kos bahan mentah (kos harga bagi kain, benang, elektrik dan masa menanti), pihak kami terpaksa membuat perubahan ini.

Setiap lebihan aksara akan dikenakan cas tambahan sebanyak RM0.05 bagi setiap satu lebihan aksara.

Pihak kami berharap agar kalian memahami situasi kami sebagai penyulam dan penyedia perkhidmatan ini. Kerjasama daripada kalian semua amatlah kami hargai.


Sekian,

Wasalam.

~Admin Keraih Lengan Kuazue~




No comments:

Post a Comment