Tuesday, March 12, 2019

Beza antara Tanda Nama Sekolah dengan Tag Nama Anak

Entri: # 05
Teks: Keraih Lengan Kuazue
Foto: Keraih Lengan Kuazue


Hai kesayangan, kita bersambung lagi tentang  sulaman tanda nama (nametag) sekolah. 


Di Keraih Lengan Kuazue, kami mewujudkan dua jenis tag nama untuk pilihan ibu bapa dan penjaga.

Satu adalah tanda nama yang diguna pakai oleh sekolah-sekolah, manakala satu lagi adalah tag nama yang kebanyakan ibu bapa dan penjaga menempah untuk kegunaan melabel pakaian/peralatan anak masing-masing.

Berikut adalah perbezaan saiz di antara kedua tag nama ini.


Saiz A adalah bagi kegunaan sebagai tanda nama sekolah (standard sekolah) manakala saiz B adalah tag nama yang digunakan sebagai label pada pakaian/peralatan anak.

Saiz bagi tanda nama Rumi mahu pun Jawi adalah sama melainkan dinyatakan oleh pihak sekolah atau pun ibu bapa penjaga yang menempah.

Harga bagi tempahan sulaman tanda nama pula bolehlah merujuk di SINI manakala harga bagi tempahan sulaman tag nama pula (saiz B) adalah sebanyak 

  • 1pc = RM1.50
  • 5pcs = RM7.00
  • 10pcs = RM13.00
  • 20pcs = RM24.00
  • 50pcs dan ke atas = RM1 sekeping
Sebarang pertanyaan bagi tempahan sulaman, bolehlah wasap kami melalui pautan ini; TEMPAH SULAM 

Sekian,

Wasalam

1 comment:

  1. ADA TAG NAMA DI LENGAN BAJU TENTU LEBIH MEMUDAHKAN IBUBAPA MENGENALPASTI HAK ANAK MRK YG MANA

    ReplyDelete