Sunday, June 11, 2017

Panduan Tempahan Sulam Nametag

Entri: # 03
Teks: Keraih Lengan Kuazue
Foto: Keraih Lengan Kuazue


June 11, 2017 (Ramadhan 16, 1438H)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Kesayangan,


Hari ini admin akan menulis tentang bagaimana untuk membuat tempahan bagi sulaman nametag atau sulaman tanda nama yang kebanyakannya digunapakai oleh anak-anak kita sepanjang sesi persekolahan mereka.

Saiz nametag standard yang kami sediakan adalah mengikut spesifikasi sekolah iaitu bersaiz 20mm x 70mm. 

Berikut adalah sebut harga kami berdasarkan saiz 20mm x 70mm dengan jumlah nama disulam tidak melebihi 14 aksara (bagi nama Rumi dan bagi nama Jawi akan dimaklum dalam entri seterusnya).




Bagi menempah, kalian bolehlah samada menghubungi kami melalui :









Sila nyatakan:
1) pilihan nametag/tanda nama samada Jawi atau Rumi
2) nametag standard atau berlainan saiz atau nametag 2 barisan (sertakan contoh jika boleh)
3) warna kain latar 
4) warna benang
5) nama yang ingin disulam dan
6) jumlah kepingan per nama yang dikehendaki

Perbincangan seterusnya tentang harga, bayaran dan tempoh siap akan dimaklumkan sejurus selepas info di atas diperolehi. Tempahan akan diproses selepas kami terima bayaran seperti perbincangan.

Bagi tempahan pukal sekolah-sekolah, senarai nama perlulah dihantar kepada kami melalui email tertera dan seterusnya, invois rasmi akan kami keluarkan kepada pihak tuan/puan. 

Proses tempahan hanya akan kami mulakan setelah kami terima bayaran deposit seperti perjanjian perbincangan.

Harga tempahan pukal sekolah adalah bergantung kepada jumlah kuantiti kepingan nametag.


Sekian, 

Wasalam

~Admin Keraih Lengan Kuazue~




No comments:

Post a Comment